Pages

Thursday, December 09, 2010

KEJAYAAN BANI ABBASIYYAH

Faktor Perkembangan Islam Zaman Abbasiyyah

Faktor Dalaman

a)    Keinginan penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya.
b)    Galakan Khalifah yang menyediakan peruntukan daripada Baitul Mal untuk aktiviti dakwah.
c)    Dasar Kerajaan menyamakan bangsa Arab dengan bukan Arab.
d)    Kedudukan Baghdad sebagai pusat perdagangan dan ilmu.

Faktor Luaran

a)    Pembukaan wilayah-wilayah baru.
b)    Penggunaan bahasa Arab yang meluas, memudahkan untuk memahami  Al-Quran dan Hadis.
c)    Hubungan Diplomatik.
d)    Usaha pedagang Islam berdakwah.

Faktor Perkembangan Ekonomi

Tindakan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad menggiatkan lagi aktiviti ekonomi kerana :-

a)    Kedudukan yang strategik sebagai jalan perdagangan.
b)    Wujudnya sebuah pasar
                                      
c)    Terdapat ladang pertanian dan ternakan dan pasar
                                       

  • Sumber utama ekonomi kerajaan Abbasiyyah ialah :-

a)    Perdagangan
b)    Pertanian
c)    Perindustrian

Sumber Kewangan Yang Lain

a)    Zakat
Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap hartanya.

b)    Kharaj
Chukai tanah yang dikenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam.

c)    Ghanimah
Harta rampasan perang.

d)    Fai’
Harta perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.

e)    Jizyah
Bayaran oleh orang bukan Islam yang mendiami negara Islam.

f)       Usyur
Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal dagang bukan Islam sebanyak 1/10.

KESAN KEMAJUAN TEKNOLOGI

1)     Mengubah cara hidup umat Islam.
2)     Peluang untuk hidup lebih maju daripada umat Islam.
3)     Status umat Islam di mata dunia menyebabkan ramai bukan Islam tertarik dengan Islam.

FAKTOR KEGEMILANGAN ISLAM

1)     Kestabilan politik.
2)     Dasar politik Kerajaan Abbasiyyah.
3)     Kedudukan Baghdad yang strategik.
4)     Perpaduan antara kaum.
5)     Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog